Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Keputusan Semakan Anwar Sabitan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengumumkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar...

VIDEO : Pakcik Ini,...

TUMPAT (Kelantan) - Jika terlihat bendera Jalur Gemilang yang jatuh di atas jalan...

Pelukan Ayah, Semangat Adam...

SEPANG – Semangat keluarga dan pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan...

Sami Tonton Video Lucah...

APABILA menaiki pengangkutan awam, bermacam-macam ragam dan kerenah manusia kita jumpa. Antaranya ada manusia...

Pasar Raya, Farmasi Beroperasi Dengan Kapasiti 100 Peratus

PUTRAJAYA – Pasar raya dan pasar raya besar yang terhad kepada makanan dan minuman serta keperluan asas, kedai farmasi atau penjagaan diri, kedai serbaneka, kedai runcit dan restoran di kompleks beli-belah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus pekerja ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi premis berkenaan termasuklah mengehadkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan seorang pelanggan bagi setiap empat meter persegi.

“Turut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus pekerja ialah sektor e-dagang bagi semua kategori produk serta pemborongan dan pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bagi tujuh sektor iaitu restoran, dobi (termasuk layan diri), stesen minyak, kedai penjagaan haiwan atau makanan haiwan, kedai cermin mata dan barang optik, kedai perkakasan serta bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti pula dibenarkan kapasiti 60 peratus pekerja sahaja.

Katanya, sekurang-kurangnya seorang pekerja diperlukan untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan bagi dobi layan diri.

Nanta berkata, sektor perdagangan pengedaran yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu boleh memohon surat kebenaran operasi menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu di pautan https://forms.gle/3m5fMXpVBZCgTzt37 mulai hari ini.


Menurutnya, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini terbatal mulai esok.

“Semua aktiviti perkhidmatan perlu bagi sektor perdagangan pengedaran ini dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam kecuali bagi stesen minyak dari 6 pagi hingga 8 malam dan stesen minyak di lebuh raya bertol dibenarkan beroperasi 24 jam,” kata Nanta.

SOP sektor perdagangan pengedaran Perintah Kawalan Pergerakan yang dikemas kini dan soalan lazim (FAQ) mengenainya boleh didapati di laman web https://www.kpdnhep.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-88826322/6587 atau melalui e-mel kepada [email protected]. – BERNAMA

Kategori