Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Penasihat Hindraf Diarah...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas penasihat kebangsaan...

Klip Video Seks Belum...

KUALA LUMPUR – Polis belum dapat mengesahkan ketulenan klip video seks intim melibatkan...

Dasar Komuniti Negara Bakal...

DASAR Komuniti Negara yang bakal dirancang tidak lama lagi oleh kerajaan bagi menyentuh...

Pemilik Gerai Kata Harga...

KUALA TERENGGANU - Susulan menjadi tular gambar perbualan Facebook seorang pelanggan dengan pemilik...

Pasar Malam, Kedai Gunting, Pusat Cuci Kereta Dibenar Beroperasi

KUALA LUMPUR – Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerima banyak rayuan daripada rakyat terutama yang membabitkan perniagaan mikro untuk membuka perniagaan dalam tempoh PKP.

Katanya, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk membenarkan operasi bagi sektor perniagaan itu sehingga jam 10 malam.

“Mesyuarat bersetuju untuk membenarkan pasar malam beroperasi dari jam 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ketat.

“Antaranya jarak antara kedai, kawalan ketat dan pengawasan oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Bagi perkhidmatan gunting rambut, juga dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat. Gunting rambut saja yang dibenarkan manakala cuci muka tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Beliau berkata, tukang gunting rambut perlu memakai pelindung muka dan pelitup muka, apron pakai buang dan sarung tangan.


Selain itu gunting dan sikat mesti dicuci dengan air panas setiap kali selepas digunakan.

Ismail Sabri berkata, jika didapati terdapat kes positif di mana-mana sektor yang dibenarkan, pihaknya akan mengambil tindakan menutup operasi sebagai tindakan tegas menangani penularan wabak.

Beliau berkata, mesyuarat juga meneliti pembentangan Kementerian Belia dan Sukan mengenai aktiviti sukan outdoor, namun ia masih diteliti dan keputusan mengenainya akan diumumkan kemudian.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga membentangkan pembukaan sektor peruncitan dan kita akan teliti dan setiap kajian kita pastinya akan mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang akan buat penilaian risiko dan berdasarkan kluster-kluster dari aktiviti berkenaan,” katanya. – myMetro Online

Kategori