Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

TPM Vietnam Tiba Untuk...

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri Vietnam Truong Hoa Binh tiba di Lapangan Terbang...

Jokowi Guna Wang Sendiri...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggunakan wang sendiri untuk membawa keluarganya...

2 Suspek Wanita Tahu...

KUALA LUMPUR - Polis menolak keras dakwaan bahawa dua suspek wanita dalam pembunuhan...

Pegawai Tentera Direman SPRM...

SEREMBAN - Mahkamah Khas Reman di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini membenarkan seorang...

Pasar Besar Datuk Keramat Terbakar

KUALA LUMPUR – Orang ramai dan peniaga sekitar Pasar Datuk Keramat di sini, gempar apabila pasar berusia lebih 50 tahun itu terbakar mendadak tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang, lebih 40 gerai terletak di dalam kawasan pasar besar itu musnah dijilat api.

Jurucakap bomba berkata, jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP KLCC, BBP Hang Tuah dan BBP Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Difahamkan majoriti peniaga di kawasan Pasar Datuk Keramat adalah dikalangan Bumiputera yang menjual barang basah, makanan, pakaian dan perkakas rumah.

Api kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal sekitar jam 6.30 petang tadi.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila video menunjukkan orang ramai berusaha memadamkan kebakaran besar yang memusnahkan deretan gerai beratap zink itu. – myMetro Online

Kategori