Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Lagi Atlet Emas...

BERLIN - Lima lagi atlet Russia yang bertanding di Olimpik Musim Sejuk Sochi...

Kelas Deme YB KJ,...

MENDENGAR lagu raya dendangan Menteri Belia dan Sukan, membuatkan kita tersenyum. YB Khairy Jamaluddin...

Model Dedah Seluar Dalam...

SEORANG model di Bangkok, Thailand telah ditangkap dan didenda selepas gambarnya dalam aksi...

Najib Sahkan Tandatangan SD...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli...

Pasangan Song Fail Penceraian

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Korea popular, Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil keputusan untuk bercerai selepas dua tahun berkahwin, lapor The Korean Herald.

Syarikat pengurusan mereka, Blossom Entertainment mengesahkan Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul semalam.

“Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita sedih ini kepada peminat yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi syarikat pengurusan.

Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka denga tenang.

Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016. – Agensi

Kategori