Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RON97, RON95 Naik 3...

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen manakala...

Kemalangan Duke: 2 Pemandu...

KUALA LUMPUR - Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu...

Wajah Gadis Ini Sebijik...

RAMAI wanita mencuba untuk mencipta rupa dan gaya sesempurna Kim Kardashian, tetapi ramai...

Sheeda ‘Serang’ Ifa Raziah...

DUNIA hiburan pada malam Selasa dikejutkan dengan sebuah video memperlihatkan dua penyanyi dangdut...

Pasangan Kekasih Ditahan Kes Mayat Dalam Lubang

KOTA TINGGI – Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan lelaki yang ditemui dalam lubang tadahan air di Ladang Kembau, Kuala Sedeli, dekat sini pada 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata kedua-dua yang dipercayai pasangan kekasih ditahan pada Isnin lalu itu adalah seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

“Hasil siasatan yang dijalankan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menahan dua suspek utama bagi kes pembunuhan itu di Kampung Perepat Sedili, di sini.

“Siasatan mendapati mangsa mati akibat tikaman di tubuh badan. Turut dirampas sebilah pisau dan sebatang kayu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahsmon berkata, kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini motif kejadian belum dikenal pasti.


Terdahulu, seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Rizal ditemui mati dengan kesan tikaman dan kelar di seluruh tubuh di Ladang Kembau, pada 4 November lalu.

Mangsa ditemui orang awam berhampiran tepi jalan masuk ke ladang itu.

Mayat mangsa mempunyai kesan tikaman di dada, perut dan lima kesan tikaman di belakang badan, selain kesan kelar di kening dan leher manakala jari kiri dan kanan dihiris. – BH Online

Kategori