Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Buka Destinasi Pelancongan Tertakluk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan pihaknya tertakluk keputusan...

Penumpang Cetus Panik, Buka...

Seorang penumpang yang dalam pesawat penerbangan domestik di China mencetuskan ketakutan dalam kalangan...

Kes Rizal Mansor Disebut...

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan kepada bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak,...

Puteri UMNO Fokus Agenda...

ALOR GAJAH - Puteri UMNO akan fokus pada aturan agenda dan strategi dalam...

Pasangan Ini Berpisah Kerana Anak Mereka Terlalu Kacak…

BIASALAH alam rumah tangga pasti ada pahit manisnya. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang berduka. Begitulah yang terjadi kepada satu pasangan di China yang berpisah kerana anak mereka terlalu kacak. Pelik bukan?

Ya, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu berpisah dengan pasangannya hanya kerana anak mereka, Wang Ye terlalu kacak.

Dikatakan mereka telah membuat ujian DNA akibat rasa curiga oleh bekas suami Zhang dan hasilnya, anak lelaki yang dibesarkannya selama 28 tahun itu ternyata bukanlah anak kandung mereka.

Pasangan itu juga bingung apabila rakan-rakan dan keluarga mereka turut mempersoalkan wajah kacak anaknya itu jika dibandingkan dengan mereka.

Hal ini juga yang telah menimbulkan keraguan kepada si suami sehingga membuatkan pasangan ini berpisah dan perkahwinan mereka turut terjejas.

Satu lagi ujian DNA dibuat pada 2016 selepas tujuh tahun mereka berpisah kerana ‘bapa’nya masih tidak berpuas hati dengan kekacakan anaknya itu. Namun, keputusan DNA itu masih sama seperti dulu.

“(Anak lelaki saya) ada mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidak kacak dan agak berbeza (dengan anak lelaki),” kata Zhang kepada Kan Kan News.

Zhang mengesyaki anak kandungnya ditukarkan dengan Wang Ye selepas bersalin di sebuah hospital di Shanghai pada bulan Februari 1989.


Zhang dan Wang Ye  dilapor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut kerana pihak hospital berkenaan tidak mahu memberikan penjelasan atas alasan mereka tidak menemui rekod bagi tempoh itu.

Kini, mereka dalam proses mencari keluarga kandung Wang Ye walaupun mereka tahu mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk.

Harap-harapnya Wang Ye dan Zhang dapatlah jumpa keluarga kandung masing-masing ya.. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

*Video sekadar hiasan…

Kategori