Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Exco Kedah Angkat Sumpah...

SEMUA Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dijangka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan...

Cium Mulut Anak Perempuan,...

SEBELUM ini Mynewshub pernah menceritakan kisah David Beckham mencium mulut anak perempuannya, Harper...

Megat Panji Alam Bangkit...

ANTARA Bukit Besar dan Ladang di Timur dan Barat serta Gong Kapas dan Pasar...

7 Cedera Ditikam Di...

PARIS - Tujuh cedera termasuk dua pelancong Britain semalam di ibu kota Perancis...

Pasangan ‘Awesome’ Hadiah Gedung Buku Untuk Anaknya!

BIASANYA, apabila tiba hari ulang tahun kelahiran anak-anak, majoriti ibubapa akan berusaha sedaya upaya untuk belikan hadiah yang terbaik dan teristimewa.

Lain pula dengan sepasang ibubapa ‘awesome’ ini, mereka hadiahkan anak-anak mereka gedung buku Borders yang terkenal itu!

Hari ini, sedang aku belek-belek tajuk akhbar utama, mataku tertumpu pada sepasang ibu bapa yang dilaporkan dalam akhbar The Sun sebagai pelabur baharu gedung buku Borders, sebuah jenama antarabangsa yang mempunyai rangkaian seluruh dunia.

Teringin sangat nak tahu berita baik ni, aku pun terus hubungi beberapa pihak dalam industri mengenai keputusan Datuk Khairul Anwar Rahmat dan isterinya melabur dalam gedung buku Borders.

Selidik punya selidik, barulah aku tahu rupanya ibu bapa ini menghadiahkan gedung buku Borders sempena hari lahir anak-anak mereka yang jatuh pada bulan ini dan bulan depan.

Melalui firma Smartwheels Resources Sdn. Bhd., Khairul Anuar dan isterinya, Datin Yuskiahniza Md. Yusof memeterai perjanjian dengan Berjaya Books Sdn Bhd sebagai memenuhi minat anak-anak mereka yang sangat minat membaca, sehinggakan sebahagian besar ruang rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai bahan bacaan!

Dalam ucapannya pada sebuah majlis ringkas semalam, bapa ini membuat hadirin sebak apabila memberitahu impian mereka termakbul untuk menghadiahkan anak-anaknya gedung buku yang mengandungi ribuan judul buku berkenaan agama, motivasi, pendidikan, perniagaan, kepimpinan, novel dan pelbagai genre bacaan lain.

Kata beliau lagi, mereka sebagai ibubapa lega jika anak-anak membesar dan disibukkan dengan persekitaran ilmu.


“Jika kita memiliki harta, kita akan sibuk dengan urusan menjaga harta. Sebaliknya, jika kita memiliki banyak ilmu, insya-Allah ilmu itulah yang akan menjaga diri kita. Borders bukan sekadar gedung buku, ia adalah taman ilmu dan kasih sayang.”

Aku angkat topi pada pasangan ibubapa awesome ini menunjukkan kasih sayang pada anak-anak mereka!

SALUTE DATUK!

Sumber: www.syahrilkadir.com

Kategori