Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ratusan Paus Mati Di...

WELLINGTON - Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai, dengan ratusan daripadanya...

Kerajaan Masih Tiada Kata...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaan masih belum...

2 Polis Terima Suapan...

IPOH - Dua anggota polis dipenjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah...

Kurang Ajar! Wanita Kirim...

SEPERTI diketahui ramai, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkena jangkitan penyakit...

Pasang Niat Berkhidmat Kerana Allah SWT – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus meminta petugas barisan hadapan sentiasa memasang niat berkhidmat kerana Allah SWT.

Menerusi status dimuat naik di Facebook lewat malam tadi, Dr Noor Hisham berkata, ia perlu dilakukan sebelum petugas barisan hadapan memulakan tugas harian mereka.

“Saya menyeru kepada semua “frontliners” (petugas barisan hadapan) iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT. 

“InshaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakal kembali kepada Allah SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memetik ayat 185 Surah Ali Imran dan ayat 156 Surah Al Baqarah.


Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 3,339 kes positif COVID-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 158,434 kes.

Jumlah itu sedikit rendah berbanding yang direkodkan kelmarin iaitu 4,029 kes, kes harian paling tinggi direkodkan setakat ini pada hari keempat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – BH Online

Kategori