PAS Yang Sebenarnya Tunduk Pada Cina DAP?

KUALA LUMPUR – PAS yang sebenarnya tunduk kepada DAP kerana mengemukakan calon yang disukai oleh pengundi-pengundi Cina.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, perkara itu sekali gus membuktikan parti Islam mana yang sebenarnya tunduk kepada DAP.

“Orang yang kata (PAN) tunduk pada DAP, dia pula yang pilih calon paling mudah diterima DAP meskipun dipertikai ahli-ahlinya sendiri.

“Tanyalah pada pengundi Cina. Dr. Abdul Rani Osman paling disukai (mereka). Siapa sebenarnya yang tunduk pada DAP? Jangan cakap lain tapi tindakan lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita hari ini.

Abdul Rani merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi; calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada PAN. – MYNEWSHUB.CC

#PRKKUALAKANGSAR