Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dipinang Shahir Cerita Palsu,...

ERRA Fazira yang dikatakan telah dipinang oleh Shahir baru-baru ini, tampil membuat penafian dan...

Enam Mangsa Terkandas Di...

HULU TERENGGANU - Enam mangsa terakhir yang terkandas di Gunung Gagau, Tasik Kenyir...

Tangan Berotot Bayi Jadi...

Jepun kini dilanda kegilaan terbaru di mana ibu bapa `gila’ untuk memuatnaik gambar...

Selangor Kaya Sumber Air,...

JIKA hendak disalahkan cuaca panas, memang tidak logik kerana setiap hari pasti hujan...

PAS-UMNO Boleh Menang Lebih 132 Kerusi Parlimen

SEREMBAN – Muafakat politik PAS dan UMNO dijangka boleh memberikan kemenangan kepada gabungan itu dengan lebih 132 kerusi Parlimen pada PRU15.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jangkaan itu berdasarkan perubahan mood yang ditunjukkan pengundi selepas PRU14.

“PAS dan UMNO akan rangka muafakat politik dalam konsep yang dipersetujui bersama, tak ada masalah. PAS dan UMNO masing-masing ada dua negeri.

“Insya-ALLAH dari Perlis ke Pahang, Terengganu dan Kelantan, kita dah kira kalau muafakat politik ini berjalan dengan betul kita boleh menang lebih 132 kerusi Parlimen. Kalau kita ambil kira perubahan yang berlaku dalam PRK Semenyih, bukan ombak biasa tapi tsunami politik yang akan berlaku dalam PRU15,” katanya ketika berucap dalam ceramah di Kampung Pasir Linsum di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, walaupun PAS dan UMNO berdepan politik yang berbeza, tapi mereka bersama dalam banyak perkara.


“Sebab itu kita tubuh jawatankuasa untuk rangka hala tuju politik PAS-UMNO. Bukan saja untuk hadapi PRU15, tapi kita dah putuskan beberapa perkara.

“Pertama, jika ada PRK, kalau PAS masuk UMNO tolong, kalau UMNO masuk PAS akan tolong. Kedua, dalam konteks berdepan kepentingan rakyat di peringkat Parlimen atau negeri, kita bersetuju untuk bersama-sama membela nasib rakyat,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Tuan Ibrahim berkata, jawatankuasa teknikal kerjasama PAS-UMNO telah bermesyuarat semalam selepas sebulan ditubuhkan.

“Dalam masa terdekat ini, jawatankuasa tertinggi parti pula akan berbincang dan kita akan teliti cadangan daripada jawatankuasa tersebut,” katanya. – Sinar Harian

Kategori