Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dira Abu Zahar Umum...

PELAKON dan pengarah terkenal, Dira Abu Zahar menerusi laman Twitternya baru-baru ini memberitahu...

Graduan Perlu Bijak Guna...

KUALA NERUS – Graduan diingatkan supaya memanfaatkan penggunaan media baharu demi kebaikan ummah...

Talian Telefon Ketua Setiausaha...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa mendakwa...

Bayi Dilahirkan Dengan 2...

SEORANG bayi lelaki telah mengejutkan ramai apabila dia dilahirkan dengan dua zakar, dengan...

PAS Tidak Mahu Jadi `Anak Tangga’ Parti Lain

KUALA LUMPUR “PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam, mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan”

Demikian tegas Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas pendirian Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pelawaan kerjasama oleh parti tertentu ke atas PAS.

Kata beliau, tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut apatah menjadi `anak tangga’ bagi pihak lain.

“Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing.

“PAS sudah tentu menyokong apa yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam. Ada masanya PAS hanya memberi sokongan moral kepada agenda bersama tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Pakatan Harapan baru-baru ini gembira dengan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa PAS sedia untuk berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menjalin kerjasama.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah dipetik berkata, Pakatan Harapan turut menyambut baik penegasan Mustafa bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan parti Melayu UMNO.


“Mustafa Ali di program PAS yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR. Saya anggap ini satu perkembangan positif ke arah pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat,” kata Saifuddin.

PKR sejak awal tahun ini bersungguh-sungguh memujuk PAS supaya kembali menyertai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) meskipun dibantah oleh kedua-dua parti berkenaan.

PKR bersikap demikian kerana bimbang akan kehilangan undi penyokong PAS yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.

Polemik diantara PAS dan Pakatan Harapan bagaimanapun semakin meruncing apabila ramai pemimpin DAP dan PAN secara terbuka membantah usaha PAS untuk meminda akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori