Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tun M Akui Terdapat...

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terdapat masalah dalam...

Pemandu BMW Sebabkan Tiga...

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta BMW yang ditahan selepas merempuh sekumpulan enam penganut...

Nenek Rayu Bantuan Sara...

ALOR SETAR - Seorang nenek berusia 67 tahun merayu sumbangan orang ramai bagi...

Kadar Rt Covid-19 Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) tertinggi...

PAS Terima 5,000 Ahli Baharu Setiap Bulan

KUANTAN- Pertambahan ahli baharu PAS yang mencecah hampir 5,000 penyertaan setiap bulan membuktikan segala fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh parti lawan hanya dipandang jelek oleh pengundi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, trend penyertaan orang ramai beralih kepada PAS semakin baik.

“Untuk bulan ini kita telah meluluskan seramai 4,686 permohonan.

“Memang sudah menjadi trend setiap bulan akan ada pertambahan ahli PAS dari seluruh negara dan peratusnya berbeza bagi setiap negeri.

“Ia menunjukkan perjuangan PAS semakin diterima ramai dan segala sebarang fitnah ternyata tidak menjejaskan reputasi parti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, fitnah dan segala tuduhan buruk membuatkan orang ramai bosan dan jelek serta mereka cenderung untuk berjuang bersama PAS.

“Sebelum ini Presiden Amanah mendakwa seramai 800,000 ahli sedang berkira-kira untuk meninggalkan PAS.


“Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila keahlian PAS meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Kata Nasarudin, salah satu faktor utama trend berkenaan berlaku ialah kerana kempen berterusan yang dilaksanakan.

“Kempen ini bukan perkara baharu dan peningkatan ahli bergantung kepada usaha keras di setiap negeri.

“Contohnya pertambahan ahli baharu di Pahang untuk bulan ini membabitkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori