Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Puji Aksi Separuh...

BUSAN - Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kebangkitan skuad bola sepak Malaysia pada...

Guan Eng Dakwa Tak...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa beliau secara tidak...

Najib Akan Hadir Beri...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Semangat Peristiwa Hijrah Tunjang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sentiasa...

PAS Terbuka UMNO Guna Lambang BN Pada PRU15

KOTA BHARU – PAS bersikap terbuka terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan UMNO untuk menggunakan lambang itu tidak menjadi masalah besar kepada PAS asalkan ia dilaksanakan sebaik mungkin tanpa pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional.

“Dari segi struktur politik, UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional. Bagi saya, kenyataan tersebut (guna lambang BN) tiada masalah kerana yang penting adalah sokongan.

“Jika UMNO bersama Perikatan Nasional, ia lebih baik dan kemas hubungan ini namun kenyataan UMNO yang mengatakan tidak akan berlaku pertembungan antara BN dan PN, pun sudah cukup baik.

“Kita tidak mahu bertembung sesama sendiri namun kalau duduk bersama, lagi baik. Walaupun hakikatnya kita mengharapkan lebih, tapi itu hak dia (UMNO). Saya tidak boleh komen,” katanya kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, parti itu akan menggunakan lambang BN dalam PRU15 susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen.


Beliau juga menegaskan bahawa persetujuan telah dicapai supaya tiada pertembungan berlaku memandangkan PAS juga menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi, Mohd Amar berkata, ia masih dalam tempoh perbincangan di peringkat pusat.

“Kerusi di peringkat negeri juga diuruskan oleh Pusat. Saya difahamkan, perbincangan baru di peringkat kerusi Parlimen. Kerusi di peringkat negeri belum dibincangkan lagi,” katanya. – Sinar Harian

Kategori