Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU15: Che Abdullah Wakil...

TUMPAT : Penyandang kerusi Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Che Abdullah Mat Nawi...

6,320,769 Permohonan BR1M 2017...

PUTRAJAYA - Sebanyak 6,320,769 permohonan diluluskan bagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017...

Guru Agama Dipenjara 20...

PUTRAJAYA - Seorang guru agama terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan di...

Jenazah Haziq Dikenal Pasti...

SEPANG - Mayat Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, yang disahkan antara 50...

PAS Tak Terfikir Mahu Sertai PH

KUALA LUMPUR – PAS tidak pernah terfikir untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya akan memperkukuhkan kerjasama politik dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerusi Muafakat Nasional.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS akan terus bersama UMNO dan BN untuk menjadi pembangkang yang konstruktif di dalam dan luar Parlimen serta berperanan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan PH.

“PAS menganggap kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertajuk ‘PH utuh, tidak perlukan PAS sebagai rakan sekutu’ sebagai kenyataan yang penuh kebimbangan, menggelabah dan tertekan.

“Kenyataan beliau yang juga dipetik sebagai berkata ‘PH tidak perlukan PAS sebagai rakan sekutu’ menunjukkan kedudukan PH yang tidak stabil dan dalam keadaan krisis sesama komponennya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Saifuddin dilaporkan berkata, PH tidak memerlukan PAS sebagai rakan sekutu dalam gabungan parti di bawahnya kerana PH adalah gabungan berasaskan prinsip kepercayaan dan hormat menghormati, sekali gus sebarang usaha memasukkan parti lain ke dalam PH mesti berasaskan konsensus.

Malah, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menolak sebarang gerakan atau cadangan membawa masuk PAS menyertai kerajaan semata-mata mahu menarik sokongan rakyat kepada PH.


Sementara itu, Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dipetik portal parti itu sebagai berkata pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini dilakukan demi kepentingan semua pihak terutama rakyat dan negara.

Beliau berkata pertemuan itu ada kaitan dengan sikap PAS dalam beberapa perkara untuk kepentingan agama, rakyat, negeri dan negara ini.

Justeru ujar beliau, tidak menjadi halangan bagi pimpinan parti dan Kerajaan Terengganu berurusan dengan mana-mana Menteri di peringkat Persekutuan.

“Apa yang ingin dicapai dalam pertemuan (dengan Tun Mahathir) itu adalah perkara-perkara yang berkait dengan kebajikan untuk (kepentingan) akhirat dan tidak menjadi apa-apa halangan untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak,” katanya. – BH Online

Kategori