Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mati Kemalangan Kerana Berpandukan...

CHICAGO, Amerika Syarikat – Seorang wanita terbunuh dalam satu kemalangan di sini apabila...

KLSCAH Cadang Tempoh Kempen...

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya...

Gangguan Air Di Selangor,...

KUALA LUMPUR - Bekalan air bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat...

Lelaki Ambil Gambar Selfie...

SEORANG lelaki yang mengambil gambar selfie buat pertama kali telah dituduh sebagai pedofil...

PAS Sindir Kerajaan PH Macam Ada Ramai PM

SINIS… Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kehairanan dengan tindak tanduk sebilangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sering buat kenyataan seolah-olah mereka Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara pelik tersebut tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran baharu memandangkan negara telah pun secara rasmi mempunyai seorang perdana menteri yang sah, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut dapat segera diperbetulkan supaya tidak menimbulkan keadaan yang bercelaru dalam urusan kerajaan sendiri sehingga boleh membantut kelancaran pentadbiran kerajaan.

“Dalam PH, mereka mempunyai banyak parti yang bergabung, ideologi dan pendapat pun jelas berbeza, malah masing-masing juga berebut untuk membuat kenyataan. Sepatutnya, kita sudah ada Perdana Menteri.

“Biarlah Perdana Menteri buat kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku pemimpin komponen dalam PH pula buat pelbagai kenyataan macam merekalah perdana menteri, perkara ini tidak betul dan kena diperbetulkan,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang berkata demikian kepada para pemberita tempatan selepas beliau hadir untuk menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di Marang, Terengganu semalam.

Ketika diminta pandangan mengenai tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah seperti tidak sabar menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir, Abdul Hadi enggan beri sebarang ulasan.

Mengena mengulas isu institusi Raja-Raja Melayu diperlekehkan pihak tertentu pula, Abdul Hadi berharap semua pihak supaya akur dengan perlembagaan negara yang menekankan kepada konsep Raja Berpelembagaan.


“Negara kita sudah pun mempunyai konsep Raja Berpelembagaan, jadi kita perlu akur dengan perkara itu dan tidak perlu untuk dibincang atau dipertikaikan,” ujarnya.

Sementara itu Abdul Hadi menyambut baik pendekatan Mahathir cuba menghidupkan semula konsep federalisme membabitkan kerjasama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri termasuk hal-hal berhubung royalti minyak.

Ujarnya, kenyataan Mahathir mengenai royalti minyak kepada Terengganu merupakan perkembangan baik dan berkata: “Kita akur perkara itu, walaupun berbeza pendapat, kita ambil pendekataan dengan titik yang sama dahulu.

“Alhamdulliah Perdana Menteri telah membuat kenyataan mengenai wang royalti minyak untuk Terengganu yang dipulihkan semula. Kita terima perkara ini (agihan lima peratus), hal-hal lain kita akan bincangkan kemudian.

“Tetapi apa yang penting sekarang ialah konsep federalisme kena hidupkan semula, apatah lagi kita lihat kerajaan persekutuan tidak menguasai (pemerintahan) di semua kerajaan negeri,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori