Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Ujian Bertulis PT3: Soalan...

KUALA LUMPUR - Semua set soalan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang...

RM31.2 Bilion Tingkat Ketenteraan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM31.2 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan tahap...

Cabul Bakal Menantu, Alasan...

SULAWESI BARAT - Seorang lelaki berusia 47 tahun ditangkap polis Wonomulyo, Polewali Mandar,...

Hampir 69 Peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di...

PAS Sifatkan Kemenangan PH Satu Tragedi

KUANTAN – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 adalah satu tragedi yang menyedihkan buat umat Islam dan penganutnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh berkata, ini kerana negara yang dipimpin pemerintah hari ini tidak menampakkan kesungguhan menepati janji dan tawaran.

Menurutnya, malah mereka tidak bersatu hati dalam mempertahankan kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Hampir setiap hari ada berita yang mencabar kesabaran umat Islam seperti tindakan menyerang institusi agama, raja secara terbuka, pluralisme agama atas nama keharmonian kaum, tuntutan secara terbuka untuk mengamalkan kebebasan hak individu atas nama hak asasi manusia.

“Ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan menggambarkan fahaman serong liberalisme yang mula dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Bukit Gambang Resort City hari ini.

Dalam pada itu, Nuridah berkata, kaum wanita turut diheret dalam kancah sangat bahaya antaranya tafsiran bebas dan terbuka terhadap pelbagai hukum syarak berkaitan wanita sehingga menimbulkan pertikaian.


Tambahnya, antaranya berkaitan isu poligami, faraid, perintah menutup aurat, tuntutan hak murtad, hak talaq kepada suami, perkahwinan sesama jantina, seks bebas dan sebagainya yang bertujuan untuk memesongkan keyakinan mereka terhadap penghayatan Islam.

“Semua ini kita dapati kerajaan PH terutamanya pemimpin Islamnya sudah tidak menampakkan sensitiviti mereka sehingga mencetuskan keadaan membimbangkan ini.

“Pelbagai hujah dan alasan sengaja dicipta atas dasar ‘rahmatan lil ‘alamin’ dan maqasid syariah untuk menyenangkan hati rakan politik mereka yang bukan Islam dalam PH,” katanya. – Sinar Harian

Kategori