Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Selamba Jalan Sambil...

SEORANG lelaki yang telah membunuh dan memotong kepala isterinya, dengan tenang berjalan keluar...

Video: Murid Tahun 6...

MELAMPAU! Itulah yang boleh dirumuskan daripada rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli yang...

Zizan Razak Lebih Berhati-Hati,...

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak mahu menjadi diri sendiri ketika mengendali program temu...

Tiada Keperluan Darurat, Berhenti...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

PAS Siap Sedia Hadapi PRU15 Lebih Awal

KUANTAN – Seluruh organisasi PAS digesa mengatur persiapan untuk menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pendaftaran pengundi, pelebaran pengaruh dan penguasaan media secara berstrategi.

“Semua kerja asas Jabatan Pilihan Raya perlu disepadukan di semua peringkat melibatkan kesediaan jentera, latihan, simulasi dan kewangan mengikut tanda aras dan arahan yang ditetapkan, serta dipantau oleh Negeri dan Pusat.

“Dalam masa sama, semua aktiviti Dewan dan Kawasan hendaklah memberikan 70 peratus penumpuan ke arah jalinan luaran (engagement) bagi mendekati sasaran dakwah, anak muda dan pengundi atas pagar secara tersusun. Manakala 30 peratus penumpuan ke arah membina kekuatan dalaman, pentarbiahan ahli dan pengukuhan organisasi secara berterusan,” katanya dalam ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 di Stadium SUKPA, di sini hari ini.

Katanya, bagi mandat menjalin kerjasama politik, pembahagian kerusi dan pemilihan calon hendaklah diserahkan kepada Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat dengan mengambil kira pertimbangan Fiqh Siasah dan strategi politik semasa.


“Patuhi setiap arahan dengan seikhlas hati dan bertawakal kepada ALLAH dengan konsep taat dan wala’. Jangan sibuk mahu menjadi panglima perang, sedangkan perisai dan kuda masih belum dipersiapkan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori