Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cengkerik Sepanjang 3 Inci...

DERBY – Ia merupakan penemuan yang mengejutkan apabila seekor cengkerik sepanjang tiga inci...

Lebih 500 Polis Kawal...

KUALA TERENGGANU - Polis akan menperketatkan pemeriksaan dan kawalan keselamatan pada perlawanan separuh...

Pandu Laju Masih Kesalahan...

KUALA BERANG - Memandu melebihi had laju masih antara kesalahan utama dalam Operasi...

Jual Nama Menteri Hal...

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk...

PAS Sedia Lepas Semua Jawatan Di Selangor

PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertegas meminta tiga Exconya untuk terus melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun belum lagi mendapat maklumat lengkap, beliau sedia maklum bahawa pelantikan exco memang pun terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

“Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafudin Idris Shah). Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu sebagai mengulas nasib tiga exco PAS berkenaan selepas ini iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan telah membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat dengan tiga exco tersebut yang berlangsung selama satu jam di pejabatnya di Shah Alam semalam.

Mengulas lebih lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau bagaimanapun tetap akan mendapatkan pengesahan daripada tiga exco berkenaan selain Mohamed Azmin sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Saya kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin. Saya pun sebenarnya belum dapat pengesahan exco kita di Selangor, saya akan dapatkan pengesahan mereka dan Menteri Besar Selangor tentang isu ini,” katanya.


Pada Jumaat, Mohamed Azmin dilaporkan memanggil mesyuarat dengan tiga exco itu berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sehari sebelumnya yang menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

Turut dilaporkan, beliau telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh lagi kekal sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.

Wakil PAS juga dilaporkan akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis dalam pihak berkuasa tempatan serta jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori