Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penjaga Gol Bunuh Kekasih...

PENJAGA gol salah sebuah kelab di Brazil, yang mengarahkan pembunuhan kekasihnya dengan kejam...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan dan...

Baby Terlajak Laris Anak...

SEMALAM kecoh laman Instagram apabila pengasas produk D'herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memuat...

Dakwaan Biskut Raya Diimport...

JOHOR BAHRU - Dakwaan biskut raya yang diimport dari negara China menggunakan logo...

PAS Sedia Bekerjasama Dengan Sesiapa Sahaja Di PD

SEPANG – PAS sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO yang dikatakan bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat laluan mudah.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata PAS sedia meletakkan calonnya menyekat kemenangan percuma kepada Anwar, namun ia bergantung kepada keputusan UMNO.

“Saya percaya akan ada usaha agar tidak berlaku pertandingan banyak penjuru pada PRK Port Dickson. Apa pun sebelum hari penamaan calon, kita masih boleh bincang. Saya percaya kita boleh selesaikan dengan baik.

“PAS sedia bekerjasama tanpa mengira sesiapa bakal menjadi calon, (sama ada) UMNO atau PAS atau pihak ketiga yang bakal meletakkan calon.

“Pembangkang wajar diberikan ruang bekerjasama untuk pilihan raya kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelepasan Misi Kemanusiaan Lombok 2.0 di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada PAS akan bekerjasama sekiranya UMNO meletakkan calon pada PRK Port Dickson.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Anwar yang merupakan Presiden PKR baharu, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Okt depan, hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Sept dan hari mengundi awal pada 9 Okt.

Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas mengumumkan akan bertanding pada PRK Port Dickson bagi menentang Anwar.

Berhubung Misi Kemanusiaan Lombok 2.0, Pengarah PAS Relief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata 31 peserta akan menyertai misi yang akan membawa 20 tan bekalan makanan, menyediakan 50 tangki air kepada penduduk tempatan selain membantu membina 17 rumah penempatan sementara.

Beliau berkata misi bermula hari ini sehingga 27 Sept itu juga akan membantu penduduk tempatan, khususnya di Lombok Utara untuk membina lima sekolah dan tujuh musala.

“Kami sedang mengumpul dana membina masjid di Lombok memandangkan lebih 1,000 masjid musnah dalam gempa bumi pada Julai dan Ogos lalu. Kami berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu akan menghulurkan sumbangan dan bantuan membina 10 masjid yang tahan gempa,” katanya. – BERNAMA

Kategori