Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi 6.4 Magnitud...

JAKARTA - Gempa bumi pada kedalaman cetek berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Pulau Lombok...

7 Prasyarat Sebelum Laksana...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menetapkan tujuh prasyarat yang perlu dipenuhi oleh kerajaan...

Bekalan Minyak Dijangka Kering...

KUALA LUMPUR - Pengguna dikhuatiri bakal berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila...

Apa Yang Kami Dapat...

KUCHING - Setahun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, pemimpin Sarawak tidak...

PAS Sambut Baik Tawaran Kerjasama MIC

KUALA LUMPUR – PAS menyambut baik kesediaan parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC untuk menjalin kerjasama dengan parti itu dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, ia termasuk kesediaan MIC untuk memberi sokongan terhadap calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N32 Seri Setia.

“PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara.

“Perkara ini dinyatakan di dalam pertemuan antara Presiden PAS dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran di Pejabat Agung PAS Pusat hari ini,” kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP, Encik Balasubramaniam.

Manakala, di pihak MIC turut hadir Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarrajah.


Menurut kenyataan itu, Presiden PAS berkongsi pandangan terhadap kemajmukan kaum dan kepelbagaian agama dalam negara, serta keperluan untuk memberi kefahaman yang sebenar demi mewujudkan keharmonian antara agama.

“Presiden PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada Presiden MIC di atas pertemuan yang bersejarah ini, serta menyatakan kesediaan untuk meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama, demi mewujudkan perubahan yang lebih baik dalam negara,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori