Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Sekolah Pondok Diminta Beri...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Somalia Yang Tragik: “Lebih...

TIADA pengalaman lebih tragik selain melihat kelegaan seorang ibu setelah melihat anaknya mati...

PAN Saran PAS Cuma...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat menyarankan PAS...

Video: Tergamak Belasah Ibu...

BEIJING - Seorang anak layak digelar 'si tanggang' kerana bukan sahaja tergamak memukul...

PAS Sah Tak Letak Calon Pada PRK Chini

KUANTAN – PAS Pahang mengesahkan tidak akan meletakkan calon daripada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, Pekan yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, ini bagi membuka jalan kepada Barisan Nasional (BN) mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon mereka bertanding pada PRK tersebut.

“Kita yakin calon dari PN bukan sahaja akan mengekalkan kemenangan malahan mencatatkan kemenangan lebih besar pada PRK ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Ini berdasarkan kepada angka yang diperoleh oleh kedua-dua parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu, calon BN mendapat kemenangan dengan memperoleh undi sebanyak 10,027 undi, 4,622 (PAS) manakala Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat 1,065 undi (hilang deposit),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosli berkata, walaupun PRK Chini dilihat sebagai laluan mudah untuk PN meraih kemenangan berdasarkan kepada jumlah undi antara BN dan PAS, namun pihaknya tetap bersedia dengan susun atur jentera bagi membantu calon PN.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar PH atau calon bebas tidak bertanding supaya tidak berlakunya PRK memandangkan krisis koronovirus (Covid-19) ketika ini.

“Bila tiada calon daripada pihak lawan sama ada PH atau calon bebas pasti tidak berlaku kesibukan susulan aktiviti PRK dan ini dapat mengekalkan komitmen rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian Covid-19 dengan kadar segera.

“Situasi ini dapat menjimatkan perbelanjaan, khususnya kewangan parti-parti yang bertanding dan kewangan itu boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan dalam krisis pandemik ini,” katanya.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih jika tiada pertandingan di PRK Chini, namun jika berlaku, PAS tetap bersedia.


Pada 7 Mei lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.

Abu Bakar pernah dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob antara tahun 2013 dan 2018.

Pada PRU14, Abu Bakar selaku wakil BN mempertahankan kerusi DUN Chini yang disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Pada pertembungan itu, beliau menewaskan wakil Gabungan Sejahtera (GS) daripada PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 4,622 undi dan wakil PKR yang mewakili Pakatan Harapan, Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Kawasan Parlimen P085 Pekan mempunyai empat kawasan DUN iaitu N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N22 Bebar, dan N23 Chini.

Semua kerusi DUN dalam Parlimen berkenaan dikuasai oleh BN menerusi calon UMNO.

Kerusi Parlimen Pekan dikuasai penyandangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama 11 penggal berturut-turut. – Sinar Harian

Kategori