PAS memohon penyokongnya beri sumbangan walaupun cuma RM10 untuk bantu kempen parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang sedang berlangsung ketika ini.

Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Pengarah Operasi PRK Port Dickson bagi PAS, Idris Ahmad berkata, beliau membuat rayuan itu kerana PAS masih memerlukan dana untuk kempennya.

“Banyak aktiviti hendak dijalankan, perlukan dana. “Bank-in lah RM10 pun tidak mengapa. Besar nilainya pada PAS mungkin kecil pada orang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS memahami ahli parti itu terbukti boleh memberi tenaga mereka untuk kempen parti itu, tetapi berharap mereka dapat memberi lebihan rezki yang Allah anugerah kepada PAS.

Kata beliau, tinggal tujuh hari untuk jentera PAS menjalankan aktiviti menyantuni pengundi Port Dickson dan kalah atau menang, Allah yang akan menentukan selepas berusaha.

“Bank in dalam akaun Bank Islam 14023010000885 Parti Islam Semalaysia. (akaun PAS Pusat).

“Semoga Allah murahkan rezeki dijauhkan bala dan disembuhkan penyakit merbahaya kepada mereka sekeluarga,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Loading...