Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wujudkan Wakaf Pendidikan Bantu...

KUALA LUMPUR - UMNO Johor menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme wakaf pendidikan bagi membantu...

Rumah Michael Jackson Dijual...

KEDIAMAN mewah Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson, Neverland Valley Ranch yang terletak...

AKSEM Rampas 789 Kg...

PADANG BESAR – ​​​​​​Seorang wanita rakyat Thailand ditahan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang...

Gambar: Koleksi ‘Troll’ Di...

ADUHAI...tergelak kami dibuatnya apabila membaca koleksi 'troll' oleh beberapa individu di akaun rasmi...

PRK: PAS, PAN Bergaduh Pasal Bendera!

KUALA KANGSAR – PAS mendakwa Parti Amanah Negara (PAN) telah melakukan kesalahan pilihan raya kerana menggunakan bendera yang mengelirukan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar kali ini.

Peguam PAS, Mohd. Zamri Ibrahim berkata, warna bendera yang didaftarkan PAN ialah lambang tiga segi berwarna oren dan berlatarbelakangkan putih, tetapi bendera yang dipasang lambang warna putih berlatarbelakangkan oren.

Justeru, katanya, PAS akan membuat aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang ini berkenaan bendera PAN tersebut.

“Kita bukan nak aniaya sapa-sapa tetapi aduan ini dibuat supaya ia tidak menjadi contoh parti lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAN, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menyelar dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Beliau membalas tuduhan PAS dengan membangkitkan bendera dan logo PAS yang didakwa turut berbeza dalam kempen pilihan raya.


Menurutnya, bendera PAS berwarna merah, putih dan hijau manakala lambang PAS adalah putih dan hijau.

“Yang dipasang di tepi jalan semasa kempen itu bukan bendera tetapi lambang parti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori