Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Disyaki Rogol Wanita...

PEGAWAI polis berpangkat Inspektor yang dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki merogol dua...

“Kenapa Langgar Papa Saya...

JOHOR BAHRU - Keluarga Allahyarham Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi, 31, belum bersedia...

Kaka Azraff Berlakon Filem...

HASRAT penyanyi Kaka Azraff untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran Indonesia akhirnya tercapai...

Lisa Tidak Tolak Kemungkinan...

PELAKON Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani binti Mohamed, 30, mengakui hidupnya...

PAS Nasihat Usah Terpedaya Propaganda Media Sosial

KUALA LUMPUR – PAS menasihatkan seluruh ahli parti itu tidak terpedaya dengan pelbagai propaganda yang disebarkan di media sosial berhubung krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, propaganda tidak berfakta itu sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial untuk menimbulkan keresahan yang tidak wajar dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Semua ahli PAS dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai propaganda di media sosial yang tidak berfakta dan bertanggungjawab.

“Sebaliknya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden PAS dalam satu kenyataan rasmi semalam menyokong penuh ketegasan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berhadapan krisis diplomatik dengan Korea Utara.

Abdul Hadi dipetik berkata, PAS mengecam tindakan tidak beretika dan di luar kaedah diplomatik antarabangsa yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Korea Utara dengan menahan kakitangan Kedutaan Malaysia yang bertugas di Pyongyang.


“Tindakan Korea Utara itu juga adalah bercanggah dengan norma diplomatik yang diterima di peringkat antarabangsa,” kata Abdul Hadi.

Nasrudin seterusnya berkata, PAS menganjurkan solat dan munajat di cawangannya di seluruh negara bagi mendoakan keselamatan 11 warga Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori