“PAS Nak kipas? Tak Payahlah,” Kata Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan seorang diktator.

Anwar sebaliknya, menegaskan, PH secara konsisten telah memilih dan menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Bagi kita tidak (bukan diktator). Secara konsisten, kita pilih Dr. Mahathir dan kita sokong beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwanya cuba ‘membodek’ Perdana Menteri.

“Abdul Hadi ini memang ikut rentak dan gendang, bukan ikut pandangan beliau sendiri.

“PAS nak kipas? Tak payahlah,” kritik Anwar berhubung kenyataan Presiden PAS yang ‘memperbetulkan’ dakwaan Nurul Izzah bahawa Dr. Mahathir bukanlah seorang diktator. – Sinar Harian

Loading...