Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Di Bintulu:...

BINTULU: Hasrat seorang lelaki bersama rakannya ke sebuah kedai kopi untuk minum bersama...

Jangan Buat Spekulasi Penemuan...

BESUT - Polis Terengganu mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung...

Samad Said Sifatkan Tawaran...

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said menolak pelawaan Menteri...

Kerja Pembersihan Sisa Gas...

IPOH - Kerja-kerja pembersihan sisa gas LPG yang bocor daripada lori tangki di...

PAS Minta Pengundi Lembah Pantai Buat Perubahan

KUALA LUMPUR – PAS memperkuatkan gerak kerja parti itu di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandang oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Encik Ahmad Sathola Khan berkata, PAS mendapati sambutan dan penerimaan pengundi Lembah Pantai keatas parti itu sangat positif.

“Kita melihat satu perkembangan positif di sini yang menunjukkan keberadaan PAS makin disambut baik oleh pengunjung serta para pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaru, PAS Lembah Pantai mengambil kesempatan beramah mesra bersama warga Sentosa di pasar malam mingguan di sini.

Program itu dimulakan dengan ucapan pimpinan PAS Kawasan yang menyeru pengunjung dan peniaga menilai kualiti kepimpinan menurut kaca mata Islam.


Pengundi Lembah Pantai diseru memilih pemimpin yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara dan menjamin kesejateraan rakyat.

“Saya mengajak semua hadirin supaya kita berfikir dan mampu membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kestabilan hidup dapat dikecapi akan datang.

“Justeru, menuju PRU14, ayuh kita melakukan perubahan,” ujar beliau. – Mynewshub.cc

Kategori