Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ganti Rugi Naik Bagi...

BANGKOK – Kerajaan Thai bersetuju untuk menaikkan jumlah ganti rugi kepada mangsa yang...

La Liga: Real Terus...

MADRID - Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menegaskan tidak berniat untuk memperlahankan gerakannya...

Russia Tingkatkan Serangan Di...

KYIV: Harapan bagi gencatan senjata menjelang sambutan Easter kian pudar apabila pihak berkuasa...

Sesi Bersama Media Bagi...

KUALA LUMPUR - Sesi bersama media yang menjadi platform bagi pengamal media mengajukan...

PAS Minta Kerajaan Terus Pertahan Zakir Naik

KUALA LUMPUR – PAS meminta kerajaan supaya mengabaikan dakyah yang disebarkan kononnya pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik terlibat dalam keganasan dan pencetus ketegangan antara agama.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dakyah tersebut hanya suatu tuduhan dan semata-mata mahu menyekat pengaruh dan usaha Zakir dalam mencetus kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat awam negara ini.

“PAS menggesa kerajaan Malaysia agar tetap teguh membela Zakir yang merupakan seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulama Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

“Jangan melayan permohonan India untuk mengektradisi Zakir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Abduh berkata, PAS percaya bahawa kerajaan Malaysia semasa menganugerahkan taraf pemastautin tetap kepada Zakir telah mengambil kira semua aspek melibatkan kepentingan rakyat dan negara ini selain daripada kelulusan profesional dan kepakaran yang dimiliki oleh tokoh pendakwah antarabangsa itu.


“Proses ini pastinya telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya justeru mengesahkan bahawa Zakir bebas daripada sebarang pengaruh dan aktiviti keganasan yang mengancam keselamatan mana-mana pihak,” katanya.

Pemimpin Pakatan Harapan terutama bukan beragama Islam daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini menuntut kerajaan Malaysia menghalau keluar Zakir kerana didakwa memecahbelahkan perpaduan pelbagai agama di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori