Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Abang Polis’ Payung Warga...

KUALA LUMPUR - Sikap prihatin seorang anggota polis di Balai Polis USJ 8,...

Denda Kesalahan Buang Sampah...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang bercadang untuk mengenakan denda lebih berat...

Operasi Mencari Pesawat QZ8501...

SINGAPURA- Operasi Mencari dan Mengesan (SAL) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang akan...

Malaysia Komited Tingkat Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk meningkatkan pelaburan di Indonesia, kata Menteri Perdagangan...

PAS Lebih Jahat Berbanding Zionis Laknatullah?

KOTA BHARU – Pakatan Harapan Kelantan daripada Parti Amanah Negara (PAN) hari ini menyamakan PAS dengan Zionis Yahudi.

Laman Facebook rasmi PAN Kelantan malah mendakwa PAS kini jauh lebih jahat daripada Zionis Yahudi sendiri yang amat dilaknat oleh Allah SWT.

“Kerajaan PAS Kelantan mahu roboh Pasar Besar Pasir Puteh. Terima kasih PAS Kelantan kerana sudah jadi lebih jahat daripada Zionis Yahudi laknatullah,” kata laman Facebook itu.

Laman Facebook rasmi PAN Kelantan turut memuat naik rakaman video memaparkan aksi kekecohan di Pasar Besar Pasir Puteh baru-baru ini.

Beberapa individu dipercayai peniaga di pasar tersebut bertindak balas dengan menghalang jentera berat yang mahu merobohkan premis berkenaan.

Bagaimanapun media melaporkan kekecohan dapat dikawal pihak polis dalam masa 30 minit sebelum kerja perobohan diteruskan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).


Yang Dipertua MDPP, Mohd Anis Hussein sebelum ini memberi tempoh kepada kumpulan peniaga tersebut berpindah ke pasar baharu bermula semalam sehingga Ahad depan.

Peniaga namun enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar sebelum menerima keputusan Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman yang dibuat mereka pada Ogos lepas.

Pada 27 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah pun membenarkan permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan saman oleh peniaga terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Kategori