Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Semakin Kurang Makan...

MELAKA - Masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan...

Najib Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Julia Perez Minta Kopi,...

KESIHATAN pelakon dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez yang kini sedang bertarung dengan...

“Saya Tak Nak Kata...

PELAKON Izreen Azminda memberitahu adalah tidak menjadi kesalahan jika seorang lelaki yang sudah...

PAS Kenang Sikap Radikal Mahathir

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan semua pihak bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang pemimpin yang bersikap radikal (pelampau) sewaktu mentadbir negara.

Ketua Pusat Penyeldikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, Mahathir merupakan seorang Perdana Menteri yang sanggup memberi tekanan radikal termasuk memenjarakan penetang-penentang politiknya.

Beliau memberi contoh pada hari ini dalam tahun 1984, tiga pimpinan Pemuda PAS ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disebabkan oleh Mahathir.

“Pada 1983, dua pemimpin PAS Besut, Mohamad@Stimat Jusoh dan Abdul Latif Mohamad ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad dan dibuang daerah.

“Pada 10 Julai 1984, tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS telah ditahan ISA diikuti oleh pengharaman himpunan politik di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu mulai awal Ogos 1984,” katanya memberi contoh kecil kepimpinan radikal oleh Mahathir dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fadli turut memberi contoh tekanan-tekanan radikal Mahathir ke atas PAS yang telah menyebabkan kerajaan menggubal Akta Cetak dan Mesin Cetak 1984.


Mahathir sejak bertindak keluar daripada UMNO bersengkongkol dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bagi menjatuhkan UMNO dan BN.

Beliau bertindak demikian gara-gara berdendam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan memenuhi kepentingan peribadi diri dan kroni-kroninya termasuk dalam projek jambatan bengkok.

Mahathir turut berdendam dengan UMNO kerana gagal menyingkirkan Najib bagi menaikkan `orang kanannya’ Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori