Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Perlu Berinteraksi Semula...

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat (AS), terutama...

Pentaksiran Tingkatan Tiga Dimansuh

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bermula tahun...

145 Tan Metrik Stok...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 145 tan metrik stok bekalan ikan segar beku Q’Fish...

NGO Selangor Sokong Najib...

SHAH ALAM - Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Selangor menyatakan taat setia menyokong...

PAS Beri Laluan BN Tanding PRK DUN Semenyih

MUAFAKAT… PAS memutuskan untuk beri laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pada tarikh bakal diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat semalam, memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon parti itu dalam PRK kerusi DUN berkenaan.

PAS juga akan gerak jentera setempat untuk bantu pihak pembangkang dalam hadapi PRK berkenaan, termasuk mengarahkan ahli-ahli parti di kawasan tersebut turun mengundi bagi memberi sokongan kepada calon BN.

“Pihak PAS mengharapkan agar PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan suara wakil pembangkang, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk berdepan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Dengan itu maka proses check and balance (semak dan imbang) dimainkan oleh parti pembangkang yang konstruktif akan memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor khususnya,” kata Takiyuddin.

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada 11 Januari lalu. PRK ini adalah keenam sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.


Allahyarham daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjadi wakil rakyat Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd. Aziz daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU lepas.

Ketua PPBM Bahagian Hulu Langat itu menang dengan raih sebanyak 23,428 undi yang turut disertai calon PAS. Sebelum PRU ke-14, PKR sentiasa letak calon di kerusi tersebut bagi tentang Johan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori