Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 2 Kapal...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing kerana...

Jam Pintar Pertama Untuk...

SEMEMANG agak sukar bagi golongan OKU penglihatan untuk mengetahui waktu berbanding dengan kita...

1MDB: Siasatan BNM Tiada...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul...

882,811 Penumpang Guna Lapangan...

SANDAKAN - Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sandakan pada tahun lepas adalah...

PAS Bantu BN Berkempen, Yakin Boleh Menang

OPTIMIS… PAS yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang dan mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam saingan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 Januari ini.

Malahan menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, partinya akan segera mengerahkan jentera untuk berkempen dan sedia bantu calon BN, Ramli Mohd. Nor mulai dari hari penamaan calon nanti.

“Kita yakin calon BN boleh menang. Dia (Ramli) Orang Asli, boleh tarik undi penduduk. PAS akan kerah jentera agar turun berkempen tolong BN. Kita tidak ada masalah sebab kita ada cawangan di kawasan ini.

“Juga PAS ada pengalaman dalam pilihan raya sebelum ini,” katanya ketika ditemui wartawan selepas majlis Pengumuman Calon BN oleh Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu negara semalam.

Jelas Takiyuddin lagi, pihak parti berkenaan akan turut mengatur jadual untuk kempen termasuk menurunkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berceramah di sekitar kawasan tersebut.

Mengenai pembangunan di Cameron Highlands, beliau berkata, BN masih merupakan kerajaan negeri di Pahang dan tentunya dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat di kawasan tersebut tanpa masalah.

Takiyuddin turut menyatakan bahawa parti pembangkang sebenarnya perlu kuat dengan ada ramai wakil di Parlimen untuk jadi semak dan imbang kepada segala tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN ketika ditemui media turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PAS atas semangat kerjasama yang ditunjukkan parti tersebut sebagai blok pembangkang.

Beliau yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi BN berkata, PAS telah memberi kerjasama yang baik kepada BN dengan tidak meletakkan calon bertanding pada PRK Cameron Highlands.

“Sudah tentu persefahaman dan kerjasama ini suatu yang ditakuti oleh PH. Sebab itu bermacam-macam fitnah ditaburkan mereka. Apapun, jangan risau pasal fitnah itu,” kata Mohamad. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori