Parti Politik Itali Halang Tukar Gereja Jadi Masjid

ROME – Parti politik berhaluan kanan Itali, League, semalam campur tangan untuk menghalang usaha persatuan Islam menukar bekas gereja hospital menjadi masjid.

Kumpulan Islam berkenaan minggu lalu membuat tawaran tertinggi bagi membeli gereja di bandar raya Bergamo dalam lelongan yang dianjurkan hospital tempatan, mengatasi Gereja Roman Ortodoks yang menggunakan bangunan itu untuk tujuan keagamaan.

Bagaimanapun, projek itu ternyata tidak bertahan lama, dengan pemimpin League di wilayah Lombardy, mengumumkan akan menggantung jualan menggunakan undang-undang 2004 yang membolehkan mereka campur tangan dan mengawal tapak budaya.

“Saya tidak akan menjual gereja dan hairan dengan pengurusan hospital yang tidak sedar sejauh mana sensitifnya isu ini.

“Bagaimanapun, kami akan menggunakan hak untuk menolak jualan dan tiada ruang untuk membuat rayuan,” kata Presiden Lombardy, Attilio Fontana, di Twitter.

Keputusan itu bermakna wilayah berkenaan kini perlu membeli hartanah itu.

Pemimpin League, Matteo Salvini, memberi amaran awal tahun ini bahawa budaya dan masyarakat Itali berisiko dihapuskan Islam.

Penduduk Islam mewakili minoriti kecil di Itali yang, dengan Pusat Penyelidikan Pew berkata mereka cuma merangkumi 4.9 peratus daripada penduduk menjelang 2020 berbanding 3.7 peratus pada 2010. —Reuters/BH ONLINE 

Loading...