Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Ketua Wanita Pertahan Demo...

SUSULAN protes sekumpulan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang menggesa salib di sebuah gereja...

4 ‘Ulat’ Tiket Didenda...

SHAH ALAM - Empat 'ulat' tiket masing-masing didenda RM5,000 atau lima bulan penjara...

Keistimewaan Melayu Sedang Dipersoal,...

SHAH ALAM - Kebangkitan Melayu ketika ini berlaku selepas melihat intipati keistimewaan mereka...

Godaan Kafein & Seleksi...

ACAPKALI dilihat, ramai penggemar kopi memesan secawan minuman itu dalam adunan yang sama seperti...

Parti Dadah: Polis Akan Serah Hasil Siasatan Kepada DPP

KUALA LUMPUR – Polis akan menyerahkan hasil siasatan lengkap berhubung kes 17 individu, termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, kelmarin, kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata ketika ini, siasatan kes masih pada peringkat awal dengan menjurus kepada jenayah narkotik.

“Sudah tentu kita akan siasat dari semua sudut. Apabila semua dokumen ini lengkap, kita akan serah kepada DPP untuk dinilai dari sudut pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengesahkan polis menahan 17 individu berusia antara 20 hingga 53 tahun dalam satu parti dadah di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini, awal pagi kelmarin.

Abdul Hamid dilaporkan berkata, 16 daripada individu ditahan itu didapati positif dadah jenis ketamin, termasuk enam wanita.

Serbuan dilakukan anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam 4.40 pagi selepas menerima aduan orang ramai disebabkan bunyi bising.

Abdul Hamid bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang ditahan, termasuk dakwaan membabitkan seorang ADUN Selangor sebagaimana tular dalam media sosial.


ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah, ketika ditemui di rumahnya mengaku beliau berada di tempat dan pada masa yang salah ketika penahanan itu berlaku, serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, ditanya berhubung laporan polis oleh pegawai khas kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula, Mazlan berkata, polis akan mengkaji laporan berkenaan.

“Saya tidak boleh komen selagi belum tengok tetapi polis akan mengkaji laporan itu nanti,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, semalam mendakwa wujud komplot jenayah bagi memalsu dan mengedar bahan bertujuan mencalar reputasi peribadi beliau, susulan sidang media khas diadakannya pada 8 Januari lalu yang mendedahkan rakaman audio beberapa perbualan telefon tertentu.

Sehubungan itu, pegawai khas beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 9.30 pagi tadi. – BH Online

Kategori