Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengeluaran Getah Asli Mac...

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mac 2019 ialah 49,465 tan...

Pendidikan Alam Sekitar Akan...

MELAKA - Kementerian Sumber Asli dan Alam Seklitar merancang untuk menjadikan pendidikan...

Arab Saudi Naikkan VAT,...

RIYADH - Menteri Kewangan Arab Saudi hari ini berkata, negara itu akan menaikkan...

Saya Percaya Pada Rezeki...

DRAMA bersiri Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa antara drama yang telah...

Parlimen UK Lulus Rang Undang-Undang Tangguh Brexit

LONDON – Ahli Parlimen Britain meluluskan satu rang undang-undang pada lewat Rabu yang memaksa Perdana Menteri Theresa May untuk meminta penangguhan lanjutan berhubung langkah UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) bagi mengelak senario tiada perjanjian, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Undang-undang itu, yang juga dikenali sebagai Rang Undang-Undang Cooper kerana diusulkan oleh ahli Parlimen Parti Buruh Yvette Cooper, diluluskan selepas meraih sejumlah 313 undi menyokong berbanding 312 yang menentang.

Langkah itu dibuat pada hari yang sama May dan pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn bertemu bagi membincangkan idea untuk memecah kebuntuan berkaitan isu Brexit.

Kedua-dua pemimpin akan menyambung rundingan mengenai Brexit pada Khamis selepas Downing Street dan Parti Buruh menyifatkan rundingan awal itu sebagai “sesuatu yang membina”.

Kategori