Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri Awie Cuba...

KUALA LUMPUR - Bekas isteri penyanyi rock popular Awie, Rozana Misbun cuba menyembunyikan...

2 Kilang Nissan Diserbu...

TOKYO - Para pegawai agensi kawal selia pengangkutan Jepun berjaya menyerbu dua buah...

Tun Mahathir Dibenar Keluar...

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara...

Koronavirus: Pasar Tomohon Lebih...

SULAWESI - Nama pasar Tomohon tiba-tiba menjadi perbualan hangat warganet setelah pasar haiwan...

Parlimen Boleh Bersidang September Atau Oktober

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Parlimen boleh bersidang semula pada September atau Oktober ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, ia bakal diadakan dalam tempoh Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara yang diumumkannya, hari ini.

“Ini pendirian saya daripada awal bahawa sistem demokrasi Parlimen boleh berfungsi semula pada masa sesuai, iaitu setelah kes (Covid-19) terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Saya akan terus mendokong sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan,” katanya dalam

Perutusan Khas Mengenai Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.


Beliau juga mengingatkan semua pihak supaya tidak sengaja menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat mengenai situasi semasa negara.

“Jangan ada pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Kategori