Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemilihan PKR Ditangguh Supaya...

KOTA KINABALU — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan pemilihan...

Netizen Anti-Islam Kutuk Jakim...

BIADAB... Sama ada memang jahil Perlembagaan Malaysia yang mewartakan Islam sebagai agama Persekutuan...

Memanah Sasar Sekurang-Kurangnya Ke...

INCHEON - Ketua jurulatih memanah, Abd Rahman Saayon menyasarkan skuad memanah sekurang-kurangnya layak...

Bapa Kembar Siam Tolak...

BAPA pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, Rosli Abdul Rahim menolak tawaran dari Lembaga...

Parlimen Boleh Bersidang Dalam Tempoh Darurat – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan Istana Negara hari menyebut bahawa perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

“Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, hari ini.

“Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak eksekutif, kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip itu. 

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat. 

Beliau berkata, perkenan Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri mengenai pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung penularan COVID-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini.


“Dalam sesi menghadap hari ini, Seri Paduka juga mengambil maklum atas hal-hal sampingan berkaitan budaya, warisan dan etika tataperlakuan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa melunaskan tanggungjawab berbahas dan bertindak agar sentiasa bersifat mulia dan dipandang tinggi,” katanya. 

Mengenai perkembangan terkini wabak COVID-19, Ahlmad Fadil berkata Seri Paduka mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta agensi kerajaan yang berkaitan. 

Katanya, penghargaan Seri Paduka itu susulan usaha merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini dan dijangka mengambil masa hingga beberapa bulan. 

“Seri Paduka turut mengajak rakyat untuk bersama Baginda mendoakan semoga negara ini sentiasa dilindungi dan bebas dari wabak ini dengan segera,” katanya. – BH Online

Kategori