Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Peserta Bersih Kena...

NAMPAKNYA, kehadiran peserta demonstrasi haram Bersih 4.0 bukannya disenangi semua pihak. Tidak sahaja...

Belanjawan 2023: Unit Khusus...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan...

Berlian 476 Karat Ditemui...

FREETOWN - Pelombong dilaporkan menemui berlian 476 karat di Sierra Leone, lapan bulan...

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya...

KUALA LUMPUR - Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung...

Para Pemimpin Kerajaan Sendiri Terkejut Dengan KDNK 2019

BETAPA buruknya ekonomi negara di bawah PH tidak perlu tunggu komen pembangkang… Tapi pemimpin kerajaan sendiri meluahkan rasa terperanjat mereka.

KDNK suku keempat tahun lalu ialah 3.6%, membawa keseluruhan KDNK 2019 kepada hanya 4.3%, paling buruk sejak lebih 10 tahun lepas.

Antara yang meluahkan rasa bimbang ialah Dr. Rais Husin (Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU) dan Ahli Parlimen (MP) Subang, Wong Chen.

Dr. Rais secara vokal mempersoalkan apakah Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) mempunyai sebarang penyelesaian atau sibuk membilang kerusi Ahli Parlimen (sindiran usaha Azmin menjatuhkan Anwar dengan cara memancing MP UMNO menyertai Mahathir).

“Angka KDNK sangat buruk,” kata Wong Chen pula.

Malah beliau yakin situasi akan semakin parah dalam suku pertama tahun ini berikutan kejatuhan dalam eksport minyak sawit dan penularan coronavirus.

Mungkin Azmin Ali perlu segera melakukan pemukiman di hotel di Sandakan untuk mencari penyelesaian terhadap malapetaka ekonomi yang sedang melanda negara.

Oh yea YB… Jangan lupa bawak ubat cacing yea, kot sakit perut malam-malam.

Hakikatnya, hasil perkembangan ekonomi selepas Malaysia ‘diselamatkan’ Tun Dr. Mahathir ialah perkembangan yang paling buruk dalam lebih 10 tahun.

Sekarang kita faham la mengapa pengangguran di kalangan anak muda terlalu tinggi. Sebab paling utama ialah ekonomi kita sedang menuju kehancuran.

Keutamaan dasar kerajaan juga amat teruk.

Contohnya daripada berusaha untuk menyediakan peluang kerja kepada rakyat tempatan dengan gaji yang baik, Malaysia sebaliknya akan membawa masuk 100,000 pengawal keselamatan dari Pakistan.


Secara jujur, anda rasa kita perlukan seramai itu pengawal keselamatan dalam situasi sekarang?

Hutang negara juga meningkat mendadak tanpa apa-apa pembangunan infra yang nyata. Apa yang kita nampak adalah pembangunan yang dirancang zaman DSNR sahaja seperti Bandar Malaysia, MRT, TRX, River of Life dan lain-lain.

Melainkan anda merasakan perasmian jamban dan pagar satu kejayaan, maka tiada apa yang boleh dibanggakan bawah PH.

Rezab tunai Petronas pun dijarah dengan muka selamba kerajaan kini.

Hanya rakyat tertentu seperti Vincent Tan meraih banyak faedah daripada dasar-dasar ekonomi negara kini.

Mungkin juga ‘para penyelamat’ seperti Guan Eng boleh duduk dan memikirkan apa lagi aset-aset negara yang boleh digadai.

Harta orang Islam dalam Tabung Haji masih ada lagi sikit kot yang boleh dijual pada kroni untuk membantu memperkukuhkan ekonomi negara.

Atau buat muka pengemis mintak hutang kepada negara lain. Bon Samurai 3..4…5…6…7… Masih boleh dipohon untuk selamatkan Malaysia.

Memang tak rugi merindui zaman Tun… Tak percaya? Tanyalah para kroni. – Mynewshub.TV

Kategori