Papagomo Mahu Lihat Syed Saddiq Digari, Pakai Baju Oren

KUALA LUMPUR – Marah dan dendam Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bukan lagi satu rahsia.

Papagomo yang kini menggunakan profile handle Sir Azri di media sosialnya tidak dapat melupakan apa yang didakwa laporan palsu Syed Saddiq pada tahun lalu hingga menyebabkannya terpaksa bermalam di lokap.

“Aku tak sabar nak lihat Syed Saddiq pakai baju Oren tangan bergari camni.

“Macam mana dia aniaya aku hingga aku ditangkap dan disumbat ke dalam lokap selama 4 hari 3 malam,” luah di akaun Twitter miliknya.

Azri didakwa mencederakan tisu tengkok bekas menteri itu.

Bagi tujuan ‘mencapai matlamat’ melihat Syed Saddiq memakai baju Oren tercapai, Azri telah mendapatkan senarai projek-projek yang dianugerahkan zaman menteri berkenaan.

“So YB (Syed) stand by, tengah korek lagi, dah jumpa dah cuma nak korek lebih lanjut lagi,” dakwanya.

Video Papagomo perlihatkan senarai projek yang dianugerahkan zaman Syed Saddiq

Syed Saddiq menyedari apa yang sedang dilakukan Azri untuk mendapatkan bukti salah laku zamannya dan menyambut baik usaha itu.

Dalam jawapan melalui akaun sosial miliknya, beliau memuat naik gambar wajahnya dengan jari memaparkan lambang peace ✌️.

Dalam status lain pula beliau berkata: ” Saya persilakan untuk semak segala kontrak, peruntukan dll untuk membuktikan saya makan duit rasuah,” katanya.

Imej Syed Saddiq yang selama ini berdentam dentum bercakap mengenai rasuah dan intergriti musnah apabila ramai di kalangan ahli Bersatu di bawahnya dahulu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyimpan jumlah tunai yang terlalu banyak di rumah masing-masing.

Ada yang didakwa memiliki sehingga RM600,000 tunai dalam almari di rumah.

Malah Syed Saddiq sendiri mendapat perhatian meluas apabila melaporkan kehilangan RM250,000 wang yang pada asalnya dilaporkan milik partinya ketika itu.

Gelabah dengan respon masyarakat, Syed Saddiq kemudian memberitahu wang itu milik diri dan keluarganya yang bertujuan untuk membaik pulih rumah. – Mynewshub.TV

Loading...