Panjat Meja Untuk Kejutkan Pelajar

PENGALAMAN mengajar selama 27 tahun kini sia-sia bagi seorang guru, Lisa Houson, apabila dia dirakamkan naik atas meja dan menarik rambut pelajar lelaki yang sedang tidur di dalam kelasnya.

Lisa, yang mengajar di Sekolah Tinggi Palmetto South Carolina, Amerika Syarikat terpaksa bersara awal selepas aksinya itu yang dirakamkan oleh salah seorang pelajar di dalam kelas terbabit, telah tular menerusi media sosial.

Dia dikatakan berbuat demikian untuk mengejutkan pelajar tersebut dari tidur.

Klip video itu pada mulanya dimuat naik dalam Snapchat sebelum ia tersebar menerusi medium media sosial lain.

Netizen menyifatkan perbuatan Lisa itu sebagai cuba memalukan pelajar terbabit.

Dalam pada itu, Lisa ketika ditemubual stesen TV tempatan, WYFF berkata, perbuatannya itu merupakan satu cara dia bergurau dengan pelajarnya.

“Saya tahu video itu membuatkan ia kelihatan teruk tetapi ia bukannya perbuatan menghina. Saya mahu orang ramai tahu bahawa saya sayangkan pelajar saya dan saya tidak akan mencederakan mereka,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada terbabit memberitahu anaknya tiada kaitan dalam perkara tersebut sebaliknya dia terlalu letih lalu tidur. – MYNEWSHUB.CC

Loading...