Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FAP Dapat RM5 Juta...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola...

Fahrin Ahmad Nafi Elena...

PELAKON kacak Fahrin Ahmad, 36, yang baru melangsungkan pernikahan dengan Elena Hani Eleas, 37,...

Kes Acu Pistol, Konsert...

PENYANYI Chris Brown dilarang memasuki Tokyo susulan rekod dakwaan jenayah yang dilakukan olehnya,...

Tindakan PH Beri Kad...

PONTIAN - Selepas mempertikaikan pengumuman peruntukan dan elaun kepada kepada nelayan, Barisan Nasional...

Panik Aplikasi WhatsApp Lumpuh Beberapa Minit

Ramai rakyat Malaysia `mengelupur’ sekejap petang tadi gara-gara perkhidmatan WhatsApp tergendala untuk tempoh beberapa minit.

Situasi itu menyebabkan mereka tidak dapat melakukan rutin harian berkongsi maklumat, membuat panggilan telefon atau video menggunakan aplikasi itu.

Keadaan itu menyebabkan kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang semakin dilupakan sejak kebelangan ini kembali popular untuk sejenak.

Portal berita TheSun yang berpangkalan di United Kingdom melaporkan, penyedia aplikasi WhatsApp mengesahkan gangguan perkhidmatan itu.

Masalah itu dilaporkan melanda sebahagian besar Eropah dan beberapa kawasan di Malaysia dan Indonesia.

Laporan berhubung isu aplikasi itu turut diterima dari China, Arab Saudi, India, Amerika Syarikat dan Sri Lanka.

“Pengguna WhatsApp panik kerana mereka `bergelut’ dengan fakta yang mereka tidak dapat menggunakan aplikasi itu,” lapor TheSun.


Tinjauan mynewshub.cc keatas beberapa pengguna media sosial di beberapa lokasi mendakwa mereka tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp dalam tempoh lima hingga 10 minit.

“Saya terkejut tiba-tiba tak boleh guna WhatsApp. Banyak urusan tergendala sekejap,” kata seorang suri rumah di Selangor.

“Server down..padan muka semua. Kehkeh…,” kata seorang pengguna WhatsApp di Johor.

“Apahal WhatsApp tak boleh. Tempat aku pun tak boleh. Leceh ;a macam ni,” kata seorang pengguna WhatsApp di Negeri Sembilan.

“Memang tak boleh guna dalam 10 minit rasanya. Terperanjat boboi..,” kata pengguna WhatsApp di Kuala Lumpur. -MYNEWSHUB.CC

Kategori