Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengarah Tim Burton Digosip...

PENGARAH terkenal, Tim Burton kini digosipkan bercinta dengan pelakon kelahiran Perancis, Eva Green. Mereka...

Pisau Cukur Dalam Kuih...

KES penemuan objek jijik dalam makanan boleh dikatakan sudah acapkali didengar. Namun lain pula...

Misi Sukar TRW Menentang...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail mengakui pertemuan menentang pasukan Johor...

3 Finalis Pemain Terbaik...

UEFA menetapkan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale serta penyerang Atletico Madrid,...

Pandangan Mata Adam ‘Panah’ Hati Yuna

DARI mata, turun ke hati.

Penyanyi superstar Yuna menceritakan bibit-bibit berputiknya rasa cintanya kepada suami, Adam Sinclair adalah disebabkan jejeka itu memiliki sepasang mata yang cantik.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 33, turut mendedahkan bahawa dia memilih Adam sebagai suaminya kerana mereka mempunyai minat yang sama dan juga aura positif yang ‘dipancarkan’ oleh lelaki itu.

“Kami sebenarnya banyak persamaan dari pelbagai segi dan itu membuatkan saya selesa bersamanya.

“Adam juga seorang yang tahu untuk buat saya berasa selesa dan dia seorang yang ‘cool’ selain sentiasa memahami dan positif.

“Tapi yang paling penting Adam mempunyai sepasang mata yang cantik!,” katanya.

Pasangan itu ditemui pada sesi bertemu media berhubung perkahwinan mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa.

Dengan sekali lafaz, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, pada jam 7 malam semalam (Jumaat).


BACA: Sekali Lafaz Sahaja, Yuna Kini Sah Milik Adam

BACA: Ada Kejutan Istimewa Hari Persandingan Esok

Pasangan pengantin baharu tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Noh dari Jabatan Agama Islam Pahang berwalikan bapa Yuna sendiri, Datuk Mat Zara’ai Alias, pada majlis berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri 300 jemputan itu, pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala Yuna membalas dengan sembilan dulang.

Majlis resepsi pasangan tersebut pula dijadualkan pada 28 Februari ini di lokasi yang sama. Keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac tahun lepas, seterusnya mereka berdua secara rasmi menjalinkan pertunangan 5 Ogos lalu.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, ketika menjayakan sebuah iklan pada 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015.-MYNEWSHUB.CC

Kategori