Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangkitan HIV Menurun Sejak...

KOTA BHARU - Jangkitan HIV di negara ini menurun secara drastik sejak Program...

Seramai 64 Ditahan Di...

GEORGE TOWN - Seramai 64 penjenayah termasuk tujuh pemilik pusat judi di Pulau...

Duterte Mahu Runding Minta...

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte meminta agar kumpulan militan melepaskan tebusan dan memulakan rundingan...

Pengundian Di N.Sembilan Lancar...

SEREMBAN - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata proses pengundian...

Panda Kembar 3 Buat Aksi Kung Fu Hibur Pengunjung

AKSI comel tiga ekor panda di Taman Safari Chimelong, Guangzhou, China berlatih kung fu ternyata berjaya mencuri perhatian pengunjung taman berkenaan.

Tiga ekor panda berkenaan merupakan adik-beradik kembar yang dinamakan Meng Meng, Shuai Shuai dan Ku Ku yang bermaksud comel, kacak dan ‘cool’.

Aksi Meng Meng berlatih kung fu bersama-sama kembarnya telah menghiburkan pengungjung taman safari tersebut.

Panda Kembar 3 Buat Aksi Kung Fu Hibur Pengunjung

Panda Kembar 3 Buat Aksi Kung Fu Hibur Pengunjung

Menerusi video yang dirakam, Meng Meng dilihat bergayut pada sebuah gendola kayu sambil tangannya menghalakan tumbukan pada kedua kembarnya yang sedang bergomol di atas tanah sebelum terjatuh kerana hilang imbangan.

Video comel ketiga-tiga kembar itu sedang berkung fu telah dimuat naik ke laman berita tempatan iaitu People’s Daily.


Meng Meng adalah salah satu daripada kembar tiga yang dilahirkan di taman safari tersebut pada bulan Julai 2014.

Ia merupakan panda kembar tiga yang pertama di dunia yang dilahirkan dengan sempurna dan sihat.

Ketiga-tiganya dilahirkan dengan jarak empat jam setiap seekor dan beratnya antara 226 gram (g) dan 340g.

Baru-baru ini, kembar tiga ini telah menyambut hari lahir mereka yang kedua dengan sebiji ‘kek’ yang diperbuat daripada lobak dan buluh. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori