PANAS, Ratu Kontroversi Jelir Lidah Di Tanah Suci

ALKISAH siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita ini, Sharifah Sakinah yang sememangnya sering mencetuskan banyak kontroversi panas.

Kali ini kecoh apabila gambar Sakinah jelir lidah di Tanah Suci dikecam netizen sekali gus menghangatkan industri hiburan tanah air setelah sekian lama tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi membabitkan dirinya.

Gambar-Tunai-Umrah-Sharifah-Sakinah-Dikecam-Peminat-2

Gambar-Tunai-Umrah-Sharifah-Sakinah-Dikecam-Peminat-3

Semuanya terjadi gara-gara gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya. Gambar yang mempamerkan beliau menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Suci bersama suaminya dikecam peminat.

Seperti biasa, ruang komen jadi medan untuk individu itu menghakimi, mengkritik seseorang itu. Selain masing-masing suarakan pendapat berkaitan tingkah Sharifah yang dianggap kurang sopan dan tidak wajar dilakukan.

Hidayah itu milik Allah, tiada siapa yang berhak untuk mengadili seseorang itu. Walau apa pun, setiap perbuatan dan niat hanya empunya badan sahaja yang mengetahuinya.

Berikut kami kongsikan lagi beberapa keping gambar sepanjang beliau dan suami menunaikan ibadah umrah di sana.

Gambar-Tunai-Umrah-Sharifah-Sakinah-Dikecam-Peminat-5

Gambar-Tunai-Umrah-Sharifah-Sakinah-Dikecam-Peminat

Gambar-Tunai-Umrah-Sharifah-Sakinah-Dikecam-Peminat-4

Siapa tahu, ratu kontroversi ini akan melakukan satu perubahan yang mengejutkan satu hari nanti.

Harapnya, netizen sekalian dapat mendoakan yang terbaik untuk beliau dan moga pemergian mereka ke Tanah Suci mendapat rahmat serta keberkatan daripada Maha Kuasa. - MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pE-S_M0H75c]

Loading...