PAN Nafi Pelawa Muhyiddin, Mukhriz Jadi Ahli

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menafikan bekas pemimpin UMNO yang dipecat kerana berkempen untuk calon pembangkang dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun lalu diterima memasuki parti berkenaan.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan beliau tidak pernah membuat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir diterima menyertai PAN.

Setiausaha politik beliau, Mohd. Azhar Mat Dali yang memaklumkan perkara itu berkata, Mat Sabu tidak pernah mempelawa dua pemimpin UMNO yang baru dipecat itu.

“Presiden PAN tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hala tuju politik Muhyiddin dan Mukhriz. Kenyataan yang tersebar kononnya kedua-dua mereka menyertai PAN tidak benar,” katanya kepada media hari ini.

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada UMNO beberapa hari lalu gara-gara mengkhianati parti itu dengan bersengkongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan parti mereka sendiri.

Mereka berbuat demikian kerana marah disingkirkan daripada jawatan masing-masing iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah. – MYNEWSHUB.CC