Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

China: Negara Paling Pesat...

CHINA merupakan satu kuasa ekonomi yang digeruni. Jika dilihat pada trend ekonomi terkini,...

Kerajaan Kelantan Didesak Rombak...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan didesak supaya merombak pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd....

Peguam: Pengampunan Diraja Adalah...

Pengampunan diraja terhadap bekas tentera yang dihukum oleh Mahkamah Tentera adalah satu hak...

PRN: Semangat Jentera DAP...

KUCHING - Antara sesuatu yang dianggap amat pelik dapat disaksikan sepanjang kempen Pilihan...

PAN Kurang Selesa Seruan Kerjasama PAS, Pakatan

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN) kelihatan kurang selesa dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya PAS kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain.

Naib Presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa memperingatkan semua pihak terutama pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan bahawa PAS yang memusnahkan pembangkang selama ini.

Beliau turut memperingatkan tindakan PAS `menyerang’ Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

“PAS juga menyerang DAP dan mengabaikan ‘amaran’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali supaya tidak bertanding,” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Sehubungan itu, Mujahid menetapkan syarat kepada PAS jika ingin kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.


“PAS mesti mengiktiraf pakatan itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perbincangan, Beliau (Tuan Ibrahim) mesti menghormati PAN sebagai parti komponen untuk menunjukkan keikhlasannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori