PAN Berhasrat Letak Islam Di Hadapan?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) berhasrat menempatkan Islam duduk di hadapan keluk (Islam ahead of the curve) di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin PAN yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mendakwa ramai umat Islam dilihat lebih selesa meletakkan Islam di belakang keluk (behind the curve) dan hanya selesa dengan budaya sebelum ini.

“Kami juga berhasrat insyaAllah untuk mengembalikan Islam sebagai simbol kecemerlangan, simbol rahmat dan kasih sayang dan simbol kecekapan.

“Selama ini, kami lihat ramai Muslim yang kelihatannya agak lebih selesa meletakkan Islam di belakang keluk.

“Itulah HARAPAN kami meskipun ada orang yang berminat kepada “ABAH” (asal bukan Harapan),” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini

Orang yang berminat kepada “ABAH” yang dimaksudkan beliau dipercayai merujuk kepada pemimpin PAS. – MYNEWSHUB.TV

Loading...