Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Media Hiburan Iktiraf 30...

SEMPENA meraikan ulangtahun ke-30 majalah Media Hiburan, majalah tersebut telah mengeluarkan sebuah buku...

127,265 Pengunjung Lawat Pusat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 127,265 orang atau 58.5 peratus daripada 217,746 pengunjung Zoo...

Indonesia Sedia 12 Kapal...

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia (TNI) tmenyediakan 12 Kapal Perang Republik Indonesia (KRI)...

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di...

KUANTAN - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Belat...

Pameran Firaun Ramses II, Raja Tut Perlu Dibincang Kabinet

KUCHING – Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata demikian apabila ditanya akan pameran itu seperti yang diumumkan semalam oleh timbalannya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Menurutnya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana pengumuman sebegitu boleh dibuat tanpa melalui proses yang sepatutnya.

“Terkejut tidak juga terkejut, pasal perkara begini biasanya tidak boleh jadi. Untuk membawa Firaun ke sini, insuransnya sahaja mungkin ratusan juta ringgit kalau kerajaan Mesir lepas, kalau tidak dia lepas, langsung tiadalah pamerannya.

“Ini peringkat tertinggi perlu bincang dengan orang peringkat tertinggi di sana, bukan di peringkat menteri atau timbalan menteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 Peringkat Sarawak, di sini, hari ini.

Ditanya lagi sama ada pameran itu akan tetap diadakan memandangkan pengumuman telah dibuat, Mohamaddin berkata, beliau tidak pasti kerana ia belum pun dibawa ke perbincangan peringkat kementerian.

Kategori