Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perpaduan Dari Sekolah Aspirasi...

PUTRAJAYA - Sekolah satu aliran sebagai alat perpaduan, keseimbangan kerja dan keluarga dan...

Mengejutkan! Murid Darjah Lima...

SEORANG murid berusia 11 tahun mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan bersalin di sebuah klinik...

Sebanyak 30 Sekolah Dibina...

SANDAKAN - Sabah dijangka menerima 30 buah sekolah baharu hujung tahun ini yang...

Jemaah Haji Malaysia Mula...

MAKKAH - Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini,...

Pameran Firaun Diluluskan Kerajaan Mesir

KUALA LUMPUR – Kerajaan Mesir telah memberi kelulusan untuk membawa Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut ke Malaysia tahun hadapan, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Bagaimanapun katanya, penganjuran pameran itu perlu dibawa ke Kabinet terlebih dahulu kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar, terutama perlindungan insurans bagi bahan-bahan yang dibawa, namun setakat ini perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

“Pameran itu merangkumi sejarah tamadun, sejarah nabi-nabi dan nilai moral yang tinggi serta kehebatan manusia.

“Tajaan akan dilakukan oleh mana-mana syarikat yang berminat. Firaun merupakan nama gelaran raja-raja dan bukan semua Firaun jahat dan kejam,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu Mohamaddin turut menjelaskan kekeliruan mengenai pameran itu disebabkan kelewatan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A Kasim, memaklumkan kepadanya mengenai kebenaran yang diberikan kerajaan Mesir untuk membawa pameran Firaun itu ke Malaysia.


“Saya yang menandatangani surat untuk pameran Firaun itu didatangkan ke Malaysia. Masalahnya di sini apabila dapat kelulusan saya tak diberitahu oleh ketua pengarah muzium… jadi saya panggil saya punya ketua pengarah kenapa kalau tandatangan surat saya dicari, kalau kelulusan ada, lambat diberitahu.

“Dia (Kamarul Baharin) minta maaf kepada saya, tetapi perkara kecil kita bermaafan, ia satu salah faham. Saya harap ini tak dijadikan isu besar,” katanya.

Sebelum ini Mohamaddin dilaporkan berkata pameran berkenaan perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu, susulan kenyataan timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengumumkan mengenai penganjuran pameran itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kategori