Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Jeli Bakal Miliki Super...

WOW! Ini bukan cerita dogeng. Ini bukan filem rekaan genre sains fiksyen. Ini...

Lebih 1,000 Ahli Demo...

DEMO... Ribuan ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan perhimpunan aman...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini...

Seorang Mangsa Culik Abu...

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik...

Pamer Aksi Lentur Badan Dalam Pesawat

VIENNA – Tindakan seorang ahli gimnastik menunjukkan kebolehannya melentur badan semasa menaiki sebuah penerbangan telah mengejutkan ramai penumpang pesawat tersebut dan juga pengikutnya di Instagram.

Stefanie Millinger, 26, berkongsi satu rakaman video dia melakukan aksi luar biasa tersebut di tempat duduknya semasa dalam penerbangan dari Austria menuju ke Poland baru-baru ini.

Rakaman tersebut menunjukkan dia berdiri di atas kerusi dan melenturkan tubuh ke belakang sehingga kepalanya menyentuh belakang lutut.

Video tersebut telah tular dan ditonton lebih 270,000 kali di Instagram dengan rata-rata pengikutnya kagum dan tertanya-tanya sama ada itu kaedah terbaik untuk mengurangkan rasa lenguh mengharungi perjalanan jauh.

“Itu cara yang baik untuk meregangkan badan di tempat duduk pesawat,” kata seorang pengikut Millinger dalam Instagram. – Agensi

Kategori