Palestin Lanjut ‘Lockdown’ Sebulan Lagi

BAITULMAQDIS – Palestin pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah ‘lockdown’ selama sebulan lagi untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat melalui Twitter berkata, Presiden Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh ‘lockdown’ selama sebulan.

Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh sebelum ini berkata, tempoh ‘lockdown’ bermula 10 pagi hingga 5 petang di semua wilayah.

Setakat ini, Palestin mencatatkan 161 kes disahkan.

Loading...